Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 2 cawan beras basmati, dibasuh dan ditapis
- 3 cawan air
- 4 ketul ayam, 300g
- 4 sudu besar kicap pekat
- 4 sudu besar kicap cair
- 2 sudu besar pes halia
- 6 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 bawang merah, dihiris
- 6 hirisan halia, dimayang
- 8 cendawan shitake, dihiris
- 4 sudu besar minyak bijan
- 150g ikan masin, digoreng rangup
- 4 tangkai daun bawang, dihiris
- 8 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
Cara-caranya
- Masak nasi menggunakan periuk nasi/ periuk tanah liat.
- Perap ayam dengan kicap pekat, kicap cair, pes halia dan Sos Tiram Kimball.
- Panaskan minyak dan tumis bawang serta halia hingga wangi.
- Tambahkan cendawan dan ayam yang dipotong kecil hingga ¾ masak.
- Masukkan ayam dan cendawan ke dalam nasi yang ¾ masak.
- Apabila nasi telah masak, renjiskan minyak bijan. Kemudian, taburkan ikan masin yang telah dihancurkan dan daun bawang yang dihiris di atas nasi.
- Hidangkan bersama Sos Cili Bawang Putih Kimball.