Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 200g Daging Ayam Kisar
- 50g Kubis, Didadu Halus
- 30g Lobak Merah, Didadu Halus
- 30g Bawang Goreng, Dihancur Kasar
- 4 Tangkai Daun Bawang, Dihiris Nipis
- 1 Biji Telur
- Minyak Untuk Menggoreng
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Karamel Cheong Chan
- 3 Biji Cili Padi Merah, Dicincang Halus
- 1 Sudu Besar Kicap
- 2 Sudu Besar Daun Ketumbar, Dicincang Halus
- 1 Sudu Besar Jus Limau
- 1/2 Sudu Besar Gula Perang
Cara-caranya
- Untuk sos pencicah, kacau semua bahan sehingga sebati dan ketepikan.
- Ambil sebiji tauhu pok, guting potongan silang di bahagian atas, kemudiannya perlahan-lahan terbalikkan ia. Keluarkan isi putih perlahan-lahan dan campurkan isi dengan bahan-bahan inti sehingga sebati. Ketepikan cawan kulit tauhu.
- Sudukan 1 sudu besar inti ke dalam cawan kulit tauhu, tekan bawah sehigga padat. Ulangi langkah untuk bahan-bahan yang selebihnya. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit untuk tetapkan bentuknya.
- Panaskan minyak kepada suhu sederhana panas dan goreng tauhu berinti dengan bahagian daging ke bawah. Kacau sekali-sekala dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Kemudiannya, terbalikkan dan goreng sebelah lagi sehingga menjadi warna kuning keemasan juga. Angkat dan hidangkan bersama sos pencicah.