Masa Penyediaan

5 minit
Masa Memasak

6 minit
Saiz Hidangan

3-4 hidangan

Bahan-bahan
- ½ Sudu Teh Sos Cili Kimball
- ½ Sudu Teh Sos Tomato Kimball
- ½ Sudu Teh Sos Berperisa Tiram Kimball
- 130g Dada Ayam, Dihiris Nipis
- 3 Cawan Nasi
- 60g Kubis Bulat, Dihiris Memanjang
- 3 Pokok Daun Bawang, Dihiris
- 2 Biji Telur
- 3 Keping Keju Cheddar, Didadu Kecil
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak sepenuhnya. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sedikit. Masukkan nasi dan goreng sehingga sebati.
- Masukkan kubis, Sos-Sos Kimball dan kacau sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan keju dan kacau sehingga semua keju cair, padamkan api, masukkan daun bawang, kacau sehingga sebati dan hidangkan serta-merta.