Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 250g Fettuccine Kimball, masak ikut arahan pada paket
- Untuk sos memasak(kacau sehingga sebati):
- 4 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 4 cawan Air
- 1 sudu besar Kicap cair
- 2 sudu besar Minyak masak
- 120g Udang, dibersihkan
- 2 keping Kek ikan, dihiris
- 60g Lobak merah, dihiris
- 2 labu Bawang putih, dicincang
- 120g Sawi, dihiris
- 140g Sotong, dipotong cincin
- 60g Cendawan tiram
- 1 sudu besar Tepung jagung + 1 sudu besar air
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang sehingga perang keemasan. Masukkan kek ikan, lobak merah, bawang putih dan sawi. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan sos memasak dan biar didih. Kemudiannya, masukkan sotong dan cendawan tiram. Reneh selama 30 saat. Akhirnya, masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
- Letakkan Fettuccine Kimball di atas pinggan hidangan, taburkan campuran makanan laut di atas dan hidangkan panas.
Tip chef: Untuk versi pedas, tambahkan 2-3 biji cili padi pada langkah 1.