Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

5 orang

Bahan-bahan
- 600g Kepala ikan, dipotong sebesar 6cm
- ¼ cawan Minyak
- 4 ulas Bawang putih, dicincang kasar
- 3 sm Halia, dihiris nipis
- 1 liter Air
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 keping Tofu putih lembut, potong anggaran 5cm
- 2 biji Tomato
- Untuk hiasan:
- 2 tangkai Daun bawang, dihiris halus
- 1 tangkai Daun sup, dihiris halus
- 3– 4 sudu besar Bawang goreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak. Gorengkan kepala ikan secara berperingkat sehingga perang. Ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga garing. Tambah air dan mask sampai ia mendidih. Masukkan Sos Berperisa Tiram Kimball dan kepala ikan. Renih selama 15 minit.
- Tambah tofu dan tomato. Kemudian, renih selama 5 minit. Taburkan dengan bahan hiasan dan hidangkan panas bersama nasi.