Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
2 - 3 orang
Bahan-bahan
- Untuk Sos Keju Istimewa Kimball
- 4 cawan Sos Keju Kimball 1kg
- 1 sudu besar Sos BBQ Kimball 1kg
- 2 sudu besar Serbuk cili
- ¼ sudu teh Lada hitam
- ½ sudu teh Garam
- Untuk Salutan Ayam Goreng
- 2 cawan Tepung gandum
- ½ cawan Tepung jagung
- 1 sudu besar Garam
- 1 sudu besar Serbuk lada putih
- 1 sudu besar Serbuk cili
- Untuk Perapan Ayam
- 1 sudu besar Paprika
- 2 sudu besar Bawang putih, dicincang
- 2 sudu besar Minyak sayuran
- 1 sudu teh Lada hitam
- 1 ½ sudu teh Garam
- 1 sudu besar Gula
- 3 sudu besar Susu
- 6 ketul Peha ayam
- 2 biji Kuning telur dipukul
- Minyak masak
Cara-caranya
- Untuk menyediakan sos istimewa kimball, campurkan kesemua bahan-bahan sos sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk menyediakan salutan ayam goreng, campurkan bahan-bahan salutan ayam goreng sehingga sebati. Ketepikan.
- Untuk menyediakan ayam goreng, perap ayam dengan perapan ayam dan biarkan di dalam peti sejuk selama 1 jam. Campurkan kuning telur kedalam ayam dan gaul sebati. Salutkan ayam dengan salutan ayam goreng.
- Panaskan minyak masak dan goreng ayam selama 15 minit atau sehingga masak. Taburkan sos keju pedas dan hidang.