Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

16-20 hidangan

Bahan-bahan
- 6 sudu besar Sos Spageti Cendawan Kimball
- 2 sudu besar Pati Tomato Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 sudu besar Minyak
- 60g Bawang besar, didadu
- 2 ulas Bawang putih, dicincang
- 60g Cendawan, didadu
- 4 keping Burger daging, didadu
- 2 tangkai Daun ketumbar, dicincang halus
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- 1 paket Kulit popiah
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk sos cicah (Gaul rata):
- 4 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 6 sudu besar Sos Cili Kimball
- 1 biji Cili padi, dicincang halus
- 1 sudu teh Jus limau
- ΒΌ cawan Air panas
- Untuk hiasan:
- Daun ketumbar cincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan burger daging dan goreng sehingga masak.
- Kemudiannya, masukkan cendawan, semua sos Kimball dan daun ketumbar. Kacau sehingga sebati dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Biar sejuk.
- Ratakan sekeping kulit popiah, sudukan 2 sudu teh inti dan balut dengan kemas, sapu bahagian hujung dengan sedikit air untuk mengukuhkan balutan. Ulangi langkah sehingga inti habis.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popiah sehingga warna kuning keemasan. Angkat dan hidang dengan sos cicah.