Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
10 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/angel-hair-lodeh-with-vegetables.jpg)
Bahan-bahan
- 200g Angel Hair Kimball, masak ikut arahan pada paket
- Untuk kuah:
- 2 cawan Sup Tomato Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 1 cawan Santan
- 2 sudu besar Minyak masak
- 4 cawan Air
- 200g Ubi keledek, didadu
- 60g Kacang Panjang, dipotong 1 inci panjang
- 130g Kubis, dihiris
- 40g Fucuk, rendam sehingga lembut
- Bahan-bahan kisar:
- 100g Bawang besar
- 3 labu Bawang putih
- 30g Daun kunyit
- 1 batang Serai
- 2 biji Buah keras
- 2 sudu besar Udang kering
- 50g Parutan kelapa
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan biar didih. Masukkan sayur-sayuran dan reneh selama 2 minit.
- Tuangkan bahan-bahan untuk kuah dan biar didih.
- Akhirnya, masukkan Angel Hair Kimball dan fucuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Hidangkan panas.
Tip chef: Untuk versi yang lebih sihat, santan boleh digantikan dengan susu rendah lemak.