Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
45 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
6-8 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/bubur-lambuk.jpg)
Bahan-bahan
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 8 sudu besar Sos Tiram Kiimball
- 1 ½ cawan Beras
- 350g Paha ayam, didadu
- 1 no Lobak merah, didadu
- 1 no Ubi kentang, didadu
- 200 ml Santan
- 8 cawan Air
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- Untuk pes (dikisar halus):
- 6 labu Bawang putih
- 150g Bawang besar
- 40g Halia
- Untuk rempah:
- 12 biji Buah pelaga
- 6 biji Bunga lawang
- 16 biji Bunga cengkih
- 2 batang Kayu manis
- 3 batang Serai, ditumbuk
- 3 – 4 helai Daun pandan, ikat simpul
- 30g Daun ketumbar, dicincang
- Untuk hiasan:
- Bawang merah goreng
Cara-caranya
- Masukkan semua bahan-bahan kecuali garam dan serbuk lada sulah ke dalam periuk nasi. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut arahan periuk nasi.
- Setelah nasi masak, perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Hidangkan panas.
Tip cef: Rendam beras semalam untuk mengurangkan masa memasak.