Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
10 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
25 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
6 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/recipe-standard-size-4.jpg)
Bahan-bahan
"- A
- 3 keping ayam paha, dibelah 2
- 10 ulas bawang putih
- 1 bawang kuning
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 2 sudu kecil serbuk paprika
- B
- 2 sudu besar minyak
- 2 tomato, dibelah 8
- 1 lobak merah, dipotong dadu
- 1 sudu besar emping cili
- 1 jar Sos Spageti Bawang Putih & Selasih Kimball
- 1 genggam daun selasih
- garam, secukup rasa
Cara-caranya
"- Salutkan ayam dengan bahan A. Masak ayam sampai keemasan dalam kaserol. Ketepikan.
- Dalam kaserol, masukkan minyak dan tumiskan bahan B.
- Tambahkan Sos Spageti Bawang Putih & Selasih Kimball dan masukkan ayam. Renehkan hingga ayam masak.
- Perasakan dengan garam dan sedia dihidangkan.