Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- Untuk adunan kuah:
- 2 ½ cawan (625ml) air atau air stok ayam
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu besar kicap cair
- 2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
- 1 sudu teh gula
- ½ sudu teh serbuk lada putih
- 1 ½ sudu besar tepung jagung
- 250g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 4 ulas bawang putih, dicincang halus
- 150g udang saiz sederhana, dibuang kulit dan dibelah
- 200 isi ayam, dihiris nipis
- 150g sawi, dipetik dan dipotong 5cm panjang
- 2 cawan kubis, dihiris tebal
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah udang, ayam dan sayur, goreng lagi 5 minit.
- Kacau campuran kuah dan tuang di dalam kuali. Didihkan. Masukkan spagetti dan renih dalam 6-7 minit. Masukkan garam dan lada secukup rasa. Hidangkan panas.