Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- 100g Pasta Makaroni Kimball
- 100g Tempe
- 100g Tauhu
- 20g Suhun
- 30g Fucuk
- 30g Lobak Merah
- 1 Biji Cili Merah
- 50g Kacang Buncis
- 100g Ubi Kentang
- 50g Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 1 Tin Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional
- Garam & Gula Pasir Secukup Rasa
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- 250 ml Air
Cara-caranya
- Goreng tempe, tauhu dan kentang sehingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Rendam fucuk dan suhun sehingga lembut, kemudian toskan dan potong.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan air, Sos Pasta Kimball Tomato Tradisional, lobak merah, kacang buncis, fucuk dan suhun, tambahkan Pasta Makaroni Kimball, tempe, tauhu dan kentang. Gaul hingga sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula pasir secukup rasa. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Kongsi di Facebook