Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
- 200g Dada Ayam
- 2 Sudu Besar Minyak
- 2 Sudu Besar Pes Kari Kapitan
- 1 Tin Sos Pasta Kimball Daun Selasih & Bawang Putih
- 30 ml Santan
- 200 ml Air (Ikut Kepekatan Kuah)
- 1 Batang Serai
- 1 Sudu Kecil Air Asam Jawa
- 200g Pasta Spageti Kimball, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 1 Tangkai Daun Selasih Segar
- Garam & Gula Secukup Rasa
- Daun Selasih Segar
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan masukkan ayam. Tumis seketika sehingga ayam berubah warna.
- Masukkan pes kari kapitan dan serai, kemudian kacau hingga naik bau.
- Tambahkan Sos Pasta Kimball Daun Selasih & Bawang Putih dan gaul rata.
- Tuangkan santan dan air, kemudian renehkan sehingga kuah menjadi pekat dan berkrim. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
- Hidangkan Pasta Spageti Kimball di dalam mangkuk dan tuangkan kuah kari kapitan di atasnya. Akhiri dengan hiasan daun selasih segar.
Kongsi di Facebook