Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- 5 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 6 cawan Air
- 40g Bawang besar, dicincang
- 2 labu Bawang putih, dicincang
- 1 batang Serai, ditumbuk
- 1 biji Cili padi, dihiris
- 100g Lobak merah, dihiris bulat
- 120g Kubis bunga
- 120g Saderi, dihiris kasar
- 250g Keropok lekor, potong secara menyerong
- 1 sudu besar Minyak masak
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- Daun sup untuk hiasan
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili sehingga wangi.
- Tuangkan air dan Sos Tiram Kimball. Biar didih.
- Masukkan sayur-sayuran dan reneh selama 1-2 minit. Kemudian, masukkan keropok lekor dan reneh selama 30 saat. Hidangkan panas.
Tip chef: Untuk sup yang lebih berperisa, goreng keropok lekor sehingga ranggup dan tambahkan bawang merah goreng.