Masa Penyediaan

5 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 hidangan

Bahan-bahan
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 1 sudu besar Sos Cili Kimball
- 150g Kacang Kuda Kimball, dibilas dan toskan
- 60g Bawang besar, didadu
- 600g Nasi
- 200g Kimchi, dicincang kasar
- Untuk hiasan:
- Bijan putih dan daun bawang dicincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak dan Mayonis Kimball di dalam kuali, tumis bawang besar selama 30 saat. Kemudiannya, masukkan nasi dan goreng selama 30 saat lagi.
- Masukkan kimchi dan kacau sehingga sebati. Kemudiannya, masukkan semua sos Kimball dan goreng selama 1-2 minit lagi.
- Akhirnya, masukkan kacang kuda Kimball dan kacau sehingga sebati. Angkat dan hias dengan bijan putih dan daun bawang. Hidangkan panas.