Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- A
- 300g daging lembu,dikisar
- 1 biji telur
- 1 labu bawang besar, dicincang
- ½ cawan serbuk roti
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 sudu kecil Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ sudu kecil kicap cair
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- B
- 1 sudu besar minyak masak
- 6 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 labu bawang besar, dicincang halus
- 700g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
- ½ cawan air rebusan daging
- 1 sudu kecil herba Itali kering
- 1 sudu kecil gula perang
- Garam, secukup rasa
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- 400g Fettuccine Kimball , dicelur mengikut arahan di bungkusan
- Keju parmesan, diparut
Cara-caranya
- Untuk bebola daging: gaul sebati Bahan A. Bentukkan menjadi bebola dan kukus selama 8-10 minit. Ketepikan supaya sejuk.
- Di dalam kuali, panaskan minyak. Gorengkan bebola daging hingga perang. Angkat.
- Masukkan bawang dan bawang putih ke dalam kuali. Tumis hingga wangi.
- Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball dan air rebusan daging. Didihkan beberapa minit.
- Masukkan herba Itali kering, gula perang, garam, lada hitam dan bebola daging. Kacau rata.
- Tuangkan ke atas Fettuccine Kimball.
- Taburkan keju Parmesan dan gaul rata. Hidangkan panas.
- Tip dari Chef: Jika suka, daging boleh ditukarkan kepada ayam atau kambing.