Masa Penyediaan
                            30 minit + 1 jam (perapan)
Masa Memasak
                            30 minit
Saiz Hidangan
                            8 - 10 orang
                Bahan-bahan
- 12 pasang penyepit kayu (chopsticks) pakai buang
 - 3 sudu besar minyak zaitun
 - ⅓ cawan Sos BBQ Kimball
 - Bahan A
 - 500g daging cincang (kambing, lembu atau ayam)
 - 1 ½ sudu kecil serbuk jintan putih
 - 1 sudu kecil serbuk kasar cili kering
 - 1 biji bawang besar, dihiris halus
 - 1 jambak kecil daun dan batang ketumbar, dihiris halus
 - 1 sudu kecil garam
 - ¼ cawan Sos BBQ Kimball
 - Bahan B
 - 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat
 - 2 cawan nasi basmati
 - 1 biji buah lemon, dipotong baji
 - Beberapa tangkai daun pudina dan ketumbar
 
Cara-caranya
- Campurkan bahan A dalam mangkuk adunan dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati. Perap dalam peti sejuk selama 1 jam.
 - Bahagikan adunan daging (Bahan A) kepada 12 bahagian dan salutkan setiap bahagian sekeliling penyepit kayu. Tekan daging sehingga rata dan berbentuk leper memanjang.
 - Sapu kebab dengan minyak zaitun. Masak dalam pan pemanggang atau kuali (anggaran 5 minit setiap belah) atas api sederhana.
 - Apabila masak, pindahkan ke atas dulang dan sapukan Sos BBQ Kimball pada kedua-dua belah kebab dengan segera. Hidang panas dengan Bahan B.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook