Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit + 1 jam (perapan)
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
50 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
8 - 10 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/spicy-grilled-chicken.jpg)
Bahan-bahan
- 1.5kg seluruh paha ayam (3 – 4 paha ayam)
- 3 sudu besar minyak masak
- Bahan A
- ½ cawan Sos BBQ Kimball
- 2 sudu kecil garam
- Bahan B (Dikisar lumat)
- 10g cili kering, dipotong 3cm dan direndam dalam air panas sehingga lembut dan disejatkan
- 10 biji bawang merah kecil, dihiris
- 5g belacan
- 2 ulas bawang putih
- ¼ cawan air
- Bahan C
- 3 batang serai, diketuk
- 250ml santan pekat
- ½ cawan Sos BBQ Kimball
- 1 sudu kecil garam
Cara-caranya
- Pedap ayam sehingga kering, kemudian guris serong kulitnya. Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 1 jam.
- Letakkan ayam atas dulang pembakar dan panggang pada suhu 180⁰C selama 40 minit atau sehingga masak.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali dan tumis Bahan B atas api kecil sehingga naik bau (anggaran10 minit). Tambah Bahan C, kacaukan sehingga sos jadi pekat (anggaran 10 minit). Ketepikan sos.
- Keluarkan ayam dari ketuhar dan tuang anggaran ⅓ sos tadi ke atas ayam. Kemudian, panggang ayam selama 10 minit lagi.
- Potong setiap paha ayam kepada 3 – 4 bahagian. Tuangkan sos ke atas ayam and hidangkan panas.