Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 4 biji telur besar
- Secubit garam
- Secubit lada sulah
- 1 sudu besar susu
- 2 sudu besar minyak
- 1 bawang merah, dipotong dadu
- 1 cendawan butang, dipotong dadu
- 1 sudu besar daun bawang, dipotong dadu
- 2 sudu besar Sos Spageti Cendawan Kimball
- 2 sudu besar keju cheddar dan keju mozarela - diparut
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Pukulkan telur dalam mangkuk kering, perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Tambah susu dan pukul lagi.
- Panaskan minyak di dalam kuali ‘non-stick’. Tumiskan bawang merah dan cendawan sehingga layu. Kemudian, taburkan daun bawang.
- Tuangkan campuran telur ke dalam kuali dengan keadaan api sederhana.
- Biarkannya masak dalam keadaan api kecil.
- Masukkan Sos Spageti Cendawan Kimball di tengah telur dadar.
- Taburkan keju dan lipatkan telur dadar.
- Lagi enak bila dihidang bersama Sos Cili Kimball.