Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4-6 hidangan
Bahan-bahan
Untuk Nasi Hujan Panas Kimball:- 2 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 3 Sudu Besar Mentega
- 30g Bawang Besar, Dihiris
- 1 Ulas Bawang Putih, Dihiris
- 10g Halia, Dihiris Nipis
- 2 Helai Daun Pandan, Diikat
- 2 Batang Serai, Dilebamkan
- 3 Cawan Beras Basmati Rice, Dicuci Dan Ditoskan
- 1 batang Kayu Manis
- 6 Kuntum Bunga Cengkih
- 2 Kuntum Bunga Lawang
- 6 Biji Buah Pelaga
- 2 Cawan Air
- 2 Cawan Krimer Sejat
- 1 Sudu Teh Garam
- Pewarna Makanan Merah, Hijau Dan Kuning
- 1 Cawan Sos Tomato Kimball
- ½ Cawan Sos Cili Kimball
- 3 Sudu Besar Pati Tomato Kimball
- 600g Ayam, Dipotong Ketulan Kecil
- Garam Secukup Rasa
- Minyak Untuk Menggoreng
- 100g Bawang Besar, Didadu Halus
- 2 Batang Serai, Dilebamkan
- 30g Halia, Dicincang
- 20g Bawang Putih, Dicincang
- 1 Cawan Air
- ½ Cawan Krimer Sejat
- 1 Biji Bawang Besar Saiz Sederhana, Dihiris Nipis
- 2 Biji Cili Merah, Dihiris
Cara-caranya
- Untuk nasi hujan panas, panaskan mentega di dalam periuk nasi dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan daun pandan, serai dan beras. Goreng selama 1-2 minit.
- Seterusnya, masukkan semua rempah ratus dan diikuti dengan air, krimer sejat, Sos Tiram Kimball dan garam. Kacau sehingga sebati dan masak ikut arahan pada periuk nasi.
- Setelah nasi sudah masak, taburkan beberapa titik pewarna makanan di atas ia. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
- Untuk ayam masak merah berkrim, perap ayam dengan garam selama 10 minit dan goreng sehingga warna kuning keemasan. Kemudiannya, masukkan bawang besar, serai, halia, bawang putih dan goreng selama 10 minit lagi.
- Seterusnya, masukkan Sos-Sos Kimball dan kacau sehingga sebati. Kemudiannya, tuangkan air, krimer sejat dan reneh selama 15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Akhirnya, masukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Goreng selama 5 minit lagi. Angkat dan hidangkan bersama nasi hujan panas.