Masa Penyediaan

5 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

3 orang

Bahan-bahan
- 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
- 4 cawan air
- 200g Kimball Angel Hair
- 200g dada ayam, didadu kecil
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak
- 110g brokoli, diceraikan kelopak
Cara-caranya
- Tuang Sos Spageti Tradisional Kimball dan air di dalam periuk nasi elektrik.
- Masukkan Kimball Angel Hair, dada ayam, serbuk lada hitam dan minyak.
- Masak selama 15 minit, kemudian buka penutup dan kacau. Tutup kembali.
- Masak lagi selama 10 minit dan masukkan brokoli.
- Tutup periuk dan masak sehingga pasta menjadi lembut.