Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

40 minit
Saiz Hidangan

4-6 orang

Bahan-bahan
- Untuk makanan laut pedas:
- 2 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball (atau Sos Cili Kimball)
- 200g Kepingan ikan
- 200g Udang
- 200g Sotong
- Untuk nasi tomato pedas:
- 1 tin (425g) Sup Tomato Kimball
- 2 cawan Beras, dicuci
- 1 ½ cawan Air
- 2 tangkai Cili pada, dicincang halus
- 100g Tomato, didadu
- 20g Daun ketumbar, dicincang halus
- 50g Bawang bombay, didadu
- ½ sudu teh Garam
- ½ sudu teh Serbuk lada hitam
Cara-caranya
- Untuk makanan laut pedas, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan perap selama 20 minit.
- Untuk nasi tomato pedas, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi. Kacau sehingga sebati dan masak mengikut arahan periuk nasi.
- Masukkan makanan laut pedas ke dalam nasi tomato pedas pada 10 minit terakhir masa memasak dan biarkan terus memasak. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam, hidangkan panas.
Tip chef: Untuk hidangan satu periuk yang seimbang, boleh mengurangkan makanan laut dan ganti dengan sayur-sauran seperti lobak merah, cendawan dan saderi.