Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
- 3 sudu besar minyak
- 1 biji bawang, dihiris nipis
- ½ biji lobak merah, dihiris halus
- 1 biji cili merah, dihiris nipis
- 2 helai daun kobis, diparut halus
- 200g udang, dibuang kulit dan dipotong 1cm
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ sudu teh serbuk lada putih
- 5 biji telur, dipukul
Cara-caranya
- Panaskan 1 sudu besar minyak. Tumiskan bawang, lobak merah dan cili selama 5 minit. Masukkan kobis dan udang. Goreng lagi dalam 5 minit. Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball dan lada, gaul dan angkat.
- Campur dalam telur yang telah dipukul. Lap kuali dan masukkan 1 sudu besar lebihan minyak atas api sederhana.
- Tuang separuh adunan telur ke dalam kuali panas. Bila bahagian bawahnya masak, lipat. Perlahankan api. Angkat bila kedua-dua belah omelet berwarna perang keemasan. Ulang untuk membuat satu omelet lagi.