Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 2 roti hot dog, dibelah dua
- 3 biji telur
- 3 sudu besar daging cincang, ditumis
- 2 sudu besar daun bawang, dicincang
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
Cara-caranya
- Pukulkan telur dan gaulkan bersama daging cincang & daun bawang.
- Celupkan roti dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah lagi bancuhan telur & daging ke atas roti sebelum membakarnya.
- Letakkan roti atas kuali leper panas. Panggangkan setiap belah hingga garing.
- Apabila telur sudah masak & roti sudah dibakar, sapukan Mayonis Kimball & Sos Cili Kimball kepada roti.
- Sedia dihidangkan.
- Tip dari Chef: Anda juga boleh menggunakan ayam untuk resipi ini.