Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
30 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
2-3 hidangan
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2023/08/Kimball_1275x850_5.jpg)
Bahan-bahan
- 2 Sudu Besar Sos Tiram Kimball.
- 200g Spageti Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 3 Biji Tomato, Dihiris Kasar.
- 1 Sudu Teh Garam
- ¼ Sudu Teh Serbuk Lada Sulah
- 3 Tangkai Daun Ketumbar, dicincang
- 2 Liter Air
- 500g Tulang Ikan
- 30g Halia, dihancur
- 200g Tomato, dicincang kasar
- 100g Daun Bawang, bahagian putih
- 1 Sudu Besar Sos Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 600g Hirisan Ikan Patin
- 1 Biji Putih Telur
- ½ Sudu Teh Minyak Bijan
- ½ Sudu Teh Serbuk Lada Sulah
Cara-caranya
- Dalam periuk besar, didihkan 2L air dan masukkan semua bahan-bahan untuk sup ikan. Didih dengan api sederhana selama 20 minit. Kemudiannya, toskan dan simpan sup.
- Perap ikan dengan perapan ikan selama 20 minit. Kemudiannya, didihkan air dan rebus ikan sehingga masak. Toskan dan ketepikan.
- Letakkan sup ikan di dalam periuk dan masukkan tomato, Sos Tiram Kimball, garam dan serbuk lada sulah. Biar mendidih dan masukkan ikan yang telah dimasak.
- Akhirnya, letakkan Spageti Kimball yang telah dimasak di dalam mangkuk dan tuangkan sup ke dalam. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan panas.