Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
10 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 hidangan
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2022/08/Sarawak-Tomato-Kueh-Teow-2.png)
Bahan-bahan
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 5 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 100g Fettuccine Kimball, Masak Ikut Arahan Pada Paket
- 30g Bawang Besar, Dihiris
- 10g Halia, Dikisar
- 2 Ulas Bawang Putih, Dikisar
- 200g Udang, Dibuang Urat Dan Kulit, Simpan Ekor
- 100g Bebola Ikan
- 60g Dada Ayam, Dihiris
- 2 Biji Tomato, Dibelah Empat
- 100g Sawi, Dipotong ½“ Panjang
- ½ Cawan Air
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumis bawang besar, halia dan bawang putih sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan udang, bebola ikan dan dada ayam, goreng sehingga masak denagn sepenuhnya.
- Masukkan tomato, sawi, Sos-Sos Kimball dan air. Biar reneh sehingga tomato menjadi empuk.
- Akhir sekali, masukkan Fettuccine Kimball dan gaul sehingga sebati. Angkat dan hidangkan panas.