Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

6 orang

Bahan-bahan
- 400g Spageti Kimball, masak ikut arahan pada paket
- Bahan-bahan kisar(dikisar halus):
- 5 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 4 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 12 labu Bawang putih
- 15 biji Bawang merah
- 8 biji Cili padi
- 6 biji Cili
- 15 biji Cili kering, direndam air
- 5 sudu besar Kicap manis pedas
- 2 sudu besar Minyak masak
- 2 sudu besar Minyak masak
- 180g Ikan bilis, goreng sehingga rangup
- 6 biji Telur
- 20g Daun ketumbar, dicincang untuk hiasan
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ikan bilis dan telur sebiji demi sebij sekitar kuali. Tutup dan reneh dengan api rendah selama 2-3 minit.
- Letakkan Spageti Kimball di atas pinggan hidangan dan taburkan sambal tumis ikan bilis & telur di atas. Hias dan hidangkan panas.
Tip chef: Ikan bilis boleh digantikan dengan udang kering