Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

25 minit
Saiz Hidangan

3 orang

Bahan-bahan
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1½ cawan air
- 300g dada ayam, dipotong setebal ¼ inci
- 1 biji ubi kentang, dikupas dan dipotong setebal ¼ inci
- 200g terung, dipotong setebal ¼ inci
- 1 sudu besar minyak
- Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
- Tuang Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Tomato Kimball, serbuk lada hitam dan air ke dalam periuk nasi elektrik.
- Letak ayam di dasar periuk, diikuti lapisan ubi kentang di atasnya dan hirisan terung. Ulang turutan menggunakan semua bahan.
- Titiskan minyak di atasnya. Tutup dan masak selama 15 minit.
- Kacau perlahan, kemudian teruskan memasak sehingga ubi kentang empuk.