Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 - 6 orang
Bahan-bahan
- 6 sudu besar Mayonis Kimball
- 1kg Daging
- Untuk Perapan Daging (kisar sehingga menjadi pes)
- 6 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 3 batang Serai
- 5 labu Bawang putih
- 30 biji Cili padi
- 3 biji Bawang merah
- 6 batang Akar ketumbar
- 4 sudu besar Daun ketumbar,dicincang
- 2 sudu besar Serbuk jintan manis
- 3 sudu besar Gula perang
- 3 sudu besar Sos ikan
- 6-8 sudu besar Jus limau nipis
- Minyak masak untuk menggoreng
- Untuk Sos
- 6 sudu besar Mayonis Kimball
- 5 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 2 sudu besar Kicap manis pedas
- 2 sudu besar Daun ketumbar, dicincang
- Jus daripada 2 biji limau nipis
Cara-caranya
- Hiriskan daging menjadi kepingan nipis dan lecek dengan pemukul. Perap daging dengan Mayonis Kimball dan bahan-bahan kisar selama 40 minit.
- Untuk sos, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging sehingga wanggi dan kedua-dua belah menjadi perang keemasan. Toskan minyak dan hidangkan bersama sos.
Tip cef: Perap daging dengan mayonis akan membantu melembutkan daging