Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

45 minit
Saiz Hidangan

6-8 hidangan

Bahan-bahan
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 4 Sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 250g Bawang Besar
- 20g Bawang Putih
- 20g Lengkuas
- 10g Kunyit Segar
- 8 Biji Cili Padi Merah
- 4 Sudu Besar Serbuk Kari Daging
- 3 Sudu Besar Minyak
- 1.2Kg Ayam, Dipotong Ketulan
- 360g Ubi Kentang, Dipotong Kuib Besar
- 2 cawan Santan
- 1 cawan Air
- 10g Gula Melaka
- 2 Keping Asam Jawa
- 40g Kerisik
- 1 Sudu Teh Garam
- 2 Tangkai Daun Ketumbar
Cara-caranya
- Tuangkan pes halus ke dalam kuali dan biar mendidih. Kemudiannya, masukkan ayam, ubi kentang, santan dan air. Kacau sehingga sebati dan masak dengan api tinggi selama 10 minit.
- Rendahkan api dan kacau sekali-sekala sehingga ubi kentang lembut dan ayam masak sepenuhnya (lebih kurang 20-30 minit).
- Akhirnya, masukkan bahan-bahan yang selebihnya dan reneh selama 10 minit lagi. Hias dengan daun ketumbar dan hidangkan bersama dengan nasi. (*Cadangan: Hidang Bersama Pasta kering Kimball untuk hidangan lebih seimbang)