Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- 200g Penne Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1 sudu besar Pati Tomato Kimball
- 2 sudu besar Minyak
- 120g Bawang kuning, dihiris
- 2 tangkai Daun kari
- 2 biji Cili padi, dibelah dua
- 425g (1 tin) Sardin pedas
- 150g Tomato ceri, dibelah dua
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang kuning sehingga wangi, masukkan daun kari dan cili padi. Goreng selama 1 minit.
- Kemudiannya, masukkan sardin dan hancurkan ia sedikit. Masukkan tomato ceri dan kacau sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan semua sos Kimball dan Penne Kimball, kacau sehingga sebati. Hidangkan panas.