Masa Penyediaan
                            20 minit
Masa Memasak
                            20 minit
Saiz Hidangan
                            4 orang
                Bahan-bahan
- 200g Kimball Spiral, dicelur mengikut arahan di bungkusan
 - 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
 - 360g ikan Dory, dipotong jejari
 - 1 biji telur, dipukul sedikit
 - 1 cawan serbuk roti
 - 1 biji bawang besar, dicincang halus
 - 1 batang serai, dititik
 - ¼ cawan Sos Cili Kimball
 - 1 cawan daun selom, dicincang
 - Secukupnya minyak
 - garam, secukup rasa
 - lada hitam, secukup rasa
 
Cara-caranya
- Perasakan ikan dengan garam dan lada hitam. Celupkan ikan di dalam telur dan salut dengan serbuk roti. Gorengkan ikan di dalam ½ cawan minyak panas sehingga keemasan. Ketepikan.
 - Panaskan 2 sudu besar minyak, tumiskan bawang sehingga harum. Masukkan serai, kacau rata.
 - Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball dan Sos Cili Kimball, masak sehingga mendidih. Tambahkan garam dan lada hitam.
 - Campurkan daun selom, kacau rata. Sajikan sos dengan Kimball Spiral dan jejari ikan.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook