Masa Penyediaan
 
                            5 minit
Masa Memasak
 
                            10 minit
Saiz Hidangan
 
                            4-6 hidangan
 
                Bahan-bahan
- 6 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
- 2 sudu besar Sos Cili Kimball
- 2 sudu besar Minyak
- 100g Bawang besar, didadu
- 4-5 tangkai Daun kari
- 2 biji Cili merah, dihiris
- 200g Ayam goreng, dicarik
- 600g Roti canai, dicincang kasar
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, daun kari dan cili merah sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan ayam dan semua sos Kimball. Kacau sehingga sebati.
- Akhirnya, masukkan roti canai dan kacau sehingga sebati. Hidangkan panas.
 
                 
     Kongsi di Facebook
                                                                Kongsi di Facebook
                                     
             
                                
                             
                                
                             
                                
                            