Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

3-4 orang

Bahan-bahan
- 300g Fettuccine Kimball, masak ikut arahan pada paket
- Untuk sos memasak:
- 8 sudu besar Sos Spageti Tradisi Kimball
- 4 sudu besar Sos Tiram Kimball
- 5 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 3 sudu besar Minyak masak
- 200g Dada ayam, dihiris
- 3 labu Bawang putih, dicincang
- 120g Udang
- 80g Jagung muda
- 160g Tomato, dihiris
- 30g Daun sup, dicincang
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam sehingga perang keemasan. Kemudiannya, masukkan bawang putih, udang, jagung muda dan goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Tuangkan sos memasak dan tomato. Biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan Fettuccine Kimball dan daun sup. Kacau sehingga sebati dan hidangkan panas.
Tip chef: Anda boleh gantikan jenis sayur-suyuran ikut kesukaan sediri seperti lada benggala, kubis bunga dan saderi