Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
6-8 orang
Bahan-bahan
- Untuk sos:
- 3 sudu besasr Sos Tiram Kimball
- 6 sudu bessar Sos Cili Thai Kimball
- 200 ml Air
- 4 sudu besar Mentega kacang tanah kasar
- 1 biji Cili padi, dicincang
- 15g Daun pudina, dicincang
- 12 keping Tauhu
- Minyak masak untuk menggoreng
- Untuk inti:
- 30g Labu, dihiris panjang dan dicelur
- ½ cawan Biji jagung, dicelur
- 1 biji Epal hijau, buang kulit dan biji, dihiris panjang
Cara-caranya
- Untuk sos, campurkan semua bahan-bahan untuk sos sehingga sebati dan biar didih. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng tauhu sehingga warna perang keemasan. Biar sejuk dan belah tauhu menjadi bentuk segitiga.
- Untuk menghidang, belah sedikit bahagian tengah tauhu untuk membentuk poket dan sumbat sedikit inti ke dalam tauhu. Hidangkan dengan sos.
Tip chef: Taugeh, timun dan lobak merah boleh digunakan untuk versi tradisional.