Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Bahan-bahan
"- Untuk inti:
- 2 sudu besar minyak
- 1 biji bawang, dicincang halus
- 3 sudu besar serbuk kari
- 300 g daging cincang
- 2 sudu besar Sos Lada Hitam Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 1 ½ cawan sayur campur sejuk beku
- Garam, secukup rasa
- 2 biji telur, dipukul
- Untuk roti:
- 3-4 sudu besar minyak
- 1 bantal roti sandwic
- 4 biji telur
- 1 sudu besar susu pekat
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan air
- ½ cawan Sos Cili Kimball
Cara-caranya
"- Panaskan minyak, tumis bawang sehingga lembut atas api sederhana selama 5 minit. Tambah serbuk kari dan daging cencang. Masak selama 10 minit atau sehingga daging berwarna perang. Tambah Sos Lada Hitam Kimball, Sos Tomato Kimball dan sayur campur. Masak lagi 10 minit. Perasa dengan garam. Tuang ke dalam pinggan hidang. Bila sejuk, campur dengan telur.
- Sapu inti di atas sekeping roti dan lapis dengan sekeping roti lain seperti sandwic. Pukul telur, susu, garam dan air. Kemudian, celup roti sehingga serata.
- Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana dan goreng sandwic secara bergilir. Jarakkan roti anggaran 2 sm. Bila sudah berwarna perang keemasan, terbalikkan. Angkat dan hidang semasa panas dengan Sos Cili Kimball