Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

25 minit
Saiz Hidangan

6 orang

Bahan-bahan
"- 1 ikan nyoknyok, diisiki dan belah tengah
- tepung beras
- ½ cawan minyak, untuk digoreng
- Bahan A (ditumbuk)
- 2 sudu besar minyak, untuk ditumis
- 4 ulas bawang putih, ditumbuk
- 6 bawang merah kecil, ditumbuk
- 3 cili padi, dilebam
- Bahan B
- 3 sudu besar cili giling
- 1 sudu besar Sos Cili Kimball
- Bahan C
- 4 sudu besar Sos Spageti Tradisional Kimball
- ¼ nanas, potong kecil
- 1 tomato, dibelah 8
- Air
- Bahan D
- 2 sudu kecil serbuk ikan bilis
- cuka, secukup rasa
- garam, secukup rasa
- gula, secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang, dicincang
Cara-caranya
"- Salutkan ikan dalam tepung beras. Panaskan minyak dalam wok dan gorengkan ikan sehingga keemasaan kedua-dua belah. Ketepikan.
- Dalam wok yang panas, tumiskan bahan A sehingga layu. Tambahkan bahan B dan masak sampai pecah minyak.
- Tambahkan bahan C dan perasakan sos dengan bahan D. Masukkan daun bawang dan gaul sebati.
- Limpahkan ke atas ikan yang dimasak dan sedia untuk dihidangkan.