Masa Penyediaan

20 minit
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 1 cawan beras pulut, direndam 4 jam
- 1ΒΌ cawan air
- 8 ekor sotong sederhana, dibersihkan
- 8 batang lidi koktel
- 4 ulas bawang merah, dihiris halus
- Sedikit halia, dihiris halus
- 1 sudu kecil halba
- 200ml santan
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- garam, secukup rasa
- gula, secukup rasa
Cara-caranya
- Masak pulut, air dan garam menggunakan periuk nasi eletrik. Biar sejuk.
- Sumbatkan ke dalam sotong, padatkan dan sematkan dengan lidi.
- Masukkan sotong, bawang merah, halia, halba, santan, Mayonis Kimball, garam dan gula ke dalam periuk.
- Kacau sekali-sekala di atas api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga sotong masak.