Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

5 orang

Bahan-bahan
- Untuk adunan perapan:
- 400g isi ayam, potong keping anggaran 2cm
- 1 ½ sudu teh serbuk kunyit
- ¾ sudu teh garam
- ¼ cawan minyak
- 3 ulas bawang putih, dihiris tebal
- 2 sm halia, dihiris nipis dan panjang
- 1 biji bawang besar, dipotong baji
- 1 biji lobak merah, dipotong panjang dan tebal
- ½ cawan kuntum bunga kubis
- 5 batang kacang panjang, dipotong 3cm
- 2 biji cili merah atau hijau, dihiris tebal
- 6 biji cili burung
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
Cara-caranya
- Perapkan ayam dengan adunan perapan selama 10 minit. Panaskan minyak dalam wok dan goreng ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan. Biarkan lebihan minyak dalam kuali.
- Tumiskan halia, bawang putih dan bawang selama 5 minit. Masukkan sayur dan cili, goreng 5 – 7 minit lagi, tambah 2 -3 sudu besar air semasa menggoreng.
- Masukkan ayam goreng, tambah Sos Berperisa Tiram Kimball. Gaul 5 minit. Angkat.