Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4-6 orang
Bahan-bahan
- Untuk perapan ayam:
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- 4 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 120g Bawang besar
- 6 ulas Bawang putih
- 20g Halia
- 2 batang Serai
- 2 tangkai Lada merah
- 1 sudu teh Garam
- 1.2kg Paha ayam besar
- Untuk kuah:
- 2 sudu besar Mayonis Kimball
- 5 sudu besar Sos Cili Bawang Putih Kimball
- 3 cawan Santan
- 120g Bawang besar
- 2 batang Serai
- 30g Halia
- 4 tangkai Cili padi
- 1 sudu teh Garam
- 1-2 sudu teh Jus asam jawa pekat
- 2 sudu besar Minyak masak
Cara-caranya
- Perap ayam dengan bahan-bahan perapan ayam selama 2 jam.
- Untuk kuah, masukkan bahan-bahan untuk kuah ke dalam kuali dan biar didih dengan api rendah.Perasakan dengan jus asam jawa. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ayam sehingga kedua-dua belah berwarna perang keemasan.
- Sapu ayam dengan kuah dan terus goreng dengan api rendah. Ulangi langkah sehingga ayam masak sepenuhnya. Hidangkan panas.
Tip chef: Untuk kaedah masak yang lebih senang, susun ayam di dulang pembakar, sapu dengan kuah dan bakar dengan ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit.