Masa Penyediaan

1 jam + 2 jam (perapan)
Masa Memasak

30 minit
Saiz Hidangan

8 - 10 orang

Bahan-bahan
- 700g isi ayam, dipotong 2cm
- 20 lidi pencucuk sate, direndam dalam air selama 1 jam
- ⅓ cawan Sos BBQ Kimball
- Bahan A (Dikisar lumat)
- 3 batang serai, dihiris
- 6 biji bawang merah kecil, dihiris
- 10cm kunyit hidup, dihiris
- 50g gula
- 3 sudu besar Sos BBQ Kimball
- 3 sudu besar minyak masak
Cara-caranya
- Campur Bahan A dengan ayam dan gaul rata. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap dalam peti sejuk selama 2 – 3 jam.
- Cucuk ayam dengan lidi satu persatu dengan rapat dan pastikan hujung lidi tidak terdedah. Bakar dalam pan pembakar atas api sederhana selama 5 – 6 minit setiap belah.
- Letakkan sate yang telah dimasak atas dulang dan sapukan Sos BBQ Kimball ke atas sate semasa masih panas. Hidang segera bersama timun yang dipotong kiub.