Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
3–4 hidangan
Bahan-bahan
- Untuk sos buttermilk:
- 1 tin Sos Pasta Buttermilk Kimball
- 2 pips Bawang putih, dicincang halus
- 30g Bawang besar, dicincang halus
- 2 nos Cili padi, dibuang biji dan dicincang halus
- 3 sprigs Daun kari
- ½ cup Susu
- 2 tbsp Mentega
- Untuk perapan ayam:
- 450g Dada ayam, potong menjadi ketulan kecil
- 2 biji Putih telur
- 3 sudu besar Tepung jagung
- 3 sudu besar Tepung ubi kayu
- 2 sudu kecil Serbuk kari ikan
- 1 sudu kecil Garam
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk hiasan:
- Cili padi merah dicincang
Cara-caranya
- Untuk popcorn ayam, perap ayam dengan bahan-bahan perapan ayam selama 30 minit. Kemudiannya, goreng sehingga ayam masak dengan sepenuhnya atau menjadi warna kuning keemasan, angkat dan ketepikan.
- Untuk sos buttermilk, panaskan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi. Akhirnya, masukkan Sos Pasta Buttermilk Kimball dan susu, kacau sehingga sebati.
- Untuk menghidang, taburkan sos buttermilk ke atas popcorn ayam. Hidangkan serta-merta.