Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

25 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
- 200g Fettucine Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 300g dada ayam
- 1 sudu besar serbuk cajun
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 4 ulas bawang putih, dicincang halus
- ½ cawan daun selasih, dicincang nipis
- garam, secukup rasa
- lada hitam secukup rasa
Cara-caranya
- Perasakan ayam dengan garam, lada hitam dan serbuk cajun. Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng ayam sehingga masak. Ketepikan dan hiris nipis.
- Panaskan baki minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball. Masak sehingga mendidih. Tambahkan daun selasih, garam dan lada hitam.
- Hidangkan sos dengan Fettucine Kimball dan ayam.