Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4 -6 hidangan
Bahan-bahan
- 1 Tin (425g) Kacang Kuda Kimball
- 150g Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 Cawan Beras, Dicuci
- 2 Ketul Paha Ayam Penuh
- 20g Halia, Dilebamkan
- 12 Cawan Air
- 100g Lobak Merah, Dihiris Nipis
- 2 Sudu Teh Garam
- 1 Sudu Teh Serbuk Lada Sulah
- Bawang Goreng, Daun Bawang, Minyak Bijan
Cara-caranya
- Masukkan beras ke dalam periuk besar, diikuti dengan paha ayam, halia dan air. Biar mendidih dengan api besar selama 10 minutes, kemudiannya rendahkan api dan biar mereneh selama 20 minit lagi. Kacau sekali-sekala untuk menggelakkan hangus.
- Alih paha ayam dari periuk dan carik daging. Kemudiannya, masukkan hirisan ayam, lobak merah dan Kacang Kuda Kimball. Kacau sehingga sebati dan mendidih selama 10 minit lagi dengan api sederhana.
- Akhirnya, masukkan Sos Berperisa Tiram Kimball, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga sebati dan taburkan bahan-bahan hiasan di atas. Sedia dihidangkan.