Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

4-6 hidangan

Bahan-bahan
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 2 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 2½ Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 500g Daging Ayam Kisar
- 1 Sudu Teh Serbuk Lada Hitam Kasar
- 10g Halia
- 50g Bawang Besar
- 10g Bawang Putih
- 2 Tangkai Daun Ketumbar
- 2 Biji Cili Padi Merah
- 2 Batang Serai, Bahagian Putih
- 20 Batang Serai, Dipotong 7 Inci Dan Dilebamkan
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Di dalam mangkuk, campurkan ayam kisar dengan serbuk lada hitam, pes halus dan Sos-Sos Kimball sehingga sebati.
- Ambil 2 sudu besar campuran daging dan lilitkan pada batang serai. Ulangi langkah untuk bahan-bahan yang selebihnya.
- Kukus satay lilit selama 5 minit dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng satay sehingga warna kuning keemasan. Hidangkan panas.