Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- Untuk Bebola Daging
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 500g Daging atau ayam, dikisar
- 1 Bawang Bombay, dicincang
- 2 labu Bawang putih, dicincang
- ½ cawan Serbuk roti
- ½ sudu besar Campuran herba (Mixed herbs)
- ½ sudu teh Serbuk lada hitam
- ½ sudu teh Garam
- 3 sudu besar Minyak masak
- Untuk Kentang Putar
- 4 sudu besar Mayonis Kimball
- 800g Kentang, didadu
- 30g Mentega, biar lembut
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Untuk Sos
- 3 sudu besar Mayonis Kimball
- 1/8 sudu teh Sos BBQ Kimball
- 1 sudu besar Mentega
Cara-caranya
- Untuk bebola daging, campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan dan bentukkan campuran kepada bebola-bebola kecil. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bebola daging sehingga masak. Toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk kentang putar, rebuskan kentang sehingga empuk dan toskan air. Lenyekkan kentang sehingga hancur. Masukkan Mayonis Kimball, mentega, garam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati.
- Untuk sos, panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan Mayonis Kimball dan Sos BBQ Kimball. Kacau sehingga sebati.
- Untuk menghidang, letakkan kentang putar di atas pinggan dan diikuti dengan bebola daging. Taburkan sos ke atas dan sedia dihidangkan.
Tip cef: Tambah mayonis ke dalam kentang putar akan menjadikan ia lebih lembut dan berperisa. Serbuk roti boleh digantikan dengan roti bakar, cornflakes atau biskut yang dikisarkan halus.