Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

3-4 hidangan

Bahan-bahan
- 600g Dada Ayam Tanpa Tulang, Dipotong Ketulan Kecil
- 2 Sudu Besar Minyak
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Karamel Cheong Chan
- ½ Sudu Teh Serbuk Lada Sulah
- 6 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1 Biji Telur
- 3 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 4 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 300ml Air
- 1 Sudu Teh Gula
- 100g Bawang Besar, Dihiris
- 3 Tangkai Serai, Didadu Halus
- 3 Biji Cili Padi Merah, Dihiris
- 3 Ulas Bawang Putih, Dicincang
- 20g Udang Kering, Direndam Dan Dicincang Kasar
- 4 Tangkai Daun Kari
- Minyak Untuk Menggoreng
Cara-caranya
- Perap ayam selama 20 minit di dalam peti sejuk.
- Di dalam mangkuk, campurkan bahan-bahan untuk sos sehingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan minyak kepada suhu tinggi dan goreng ketulan ayam sehigga warna kuning keemasan dan rangup. Ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan ayam goreng dan gaul rata. Akhirnya, tuangkan campuran sos dan goreng selama 30 saat lagi. Angkat dan hidangkan bersama dengan nasi putih.