Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

15 minit
Saiz Hidangan

5 orang

Bahan-bahan
- 400g isi ayam, dipotong 2cm
- 3 sudu besar Minyak
- 10 biji Cili kering, dipotong 3cm panjang
- 3 ulas Bawang putih, diketuk
- 2 sm Halia, dihiris nipis
- 1 biji Bawang, potong 2cm kiub
- 100g kacang tanah yang telah dipanggang
- 2 tangkai Daun bawang, dipotong 4cm panjang
- Untuk perapan:
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu teh Gula
- ½ sudu teh Serbuk lada putih
- 2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
- 1 sudu besar Tepung Jagung
Cara-caranya
- Perapkan ayam dengan adunan perapan anggaran 10 minit.
- Panaskan minyak dalam wok dan gorengkan cili selama 2 minit. Angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga perang. Tambah bawang, biar anggaran 2 minit.
- Kemudian masukkan ayam dan gorengkan dalam 8-10 minit. Tambah kacang tanah, cili goreng dan daun bawang, biar seminit. Hidangkan panas bersama nasi