Masa Penyediaan
1 jam
Masa Memasak
45 minit (untuk sos), 10-12 minit (setiap keping lamb chop)
Saiz Hidangan
60 keping
Bahan-bahan
- Untuk Lamb Chop:
- 60 keping Bahu kambing
- 100g Garam
- 100g Serbuk lada hitam
- 100g Serbuk bawang putih
- 100g Serbuk bawang besar
- Untuk sos BBQ:
- 1 kg Sos BBQ Kimball
- 500g Sos Cili Kimbal
- 100ml Minyak
- 600g Bawang besar, dicincang halus
- 400g Nanas di dalam tin, dicincang halus
- 4 cawan Air
- Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
- Untuk sos BBQ, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan nanas, semua sos Kimball dan air. Kacau sehingga sebati dan biar mendidih. Padamkan api dan ketepikan.
- Untuk lamb chop, perap kepingan bahu kambing dengan semua bahan-bahan kering semalaman di dalam peti sejuk. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan goreng kepingan bahu kambing selama 6-7 minit pada setiap belah.
- Hidangkan panas bersama sos BBQ dan hidangan sampingan megikut kesukaan.