Masa Penyediaan

15 minit
Masa Memasak

45 minit
Saiz Hidangan

6-8 hidangan

Bahan-bahan
- 1.5Kg Ayam, Dipotong 16 Ketul
- 2 Cawan Santan
- 2 Keping Asam Jawa
- 15g Gula Melaka
- 40g Kerisik
- 1 Sudu Teh Garam
- 2 Helai Daun Kunyit, Dihiris Nipis
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 15 Biji Cili Padi
- 8 Biji Cili Hijau
- 10g Kunyit Segar
- 20g Lengkuas
- 20g Serai, Bahagian Putih
- 150g Bawang Besar
- 2 Helai Daun Kunyit
- ½ Cawan Minyak
Cara-caranya
- Tuangkan pes halus ke dalam kuali, kacau dan biarkan mendidih.
- Kemudiannya, masukkan ayam dan santan. Kacau sehingga sebati dan masak dengan api sederhana selama 30-35 minit, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan hangus.
- Seterusnya, masukkan asam jawa, gula Melaka dan kerisik. Reneh selama 10 minit lagi atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
- Akhirnya, masukkan garam dan daun kunyit, kacau sehingga sebati dan angkat. Hidangkan panas.